SharePoint
A- A A+
NCID > News & Events > News > Beza denggi daripada COVID-19

Beza denggi daripada COVID-19

Beza denggi daripada COVID-19

Soal jawab Berita Harian bersama Konsultan Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit, Dr Chia Po Ying

 

SOALAN: Mungkin sukar mengetahui adakah seseorang itu menghidap denggi kerana gejalanya pada peringkat awal mungkin serupa dengan COVID-19.
Bagaimanakah seseorang boleh menentukan sama ada gejala mereka mungkin disebabkan oleh COVID-19 ataupun denggi?
DR CHIA: Gejala denggi termasuk demam, sakit kepala, sakit otot dan sendi, ruam, muntah, mudah lebam, pendarahan ringan daripada hidung atau gusi atau loya.

COVID-19 pula, gejalanya termasuk demam dan lebih banyak gejala pernafasan: batuk, hidung berair, sakit tekak, hilang deria bau atau rasa serta sesak nafas.

Bagaimanapun, bagi kedua-duanya, ujian diagnostik ada tersedia. Denggi disahkan melalui ujian darah. COVID-19 disahkan melalui ujian pantas antigen (ART) atau ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR).

 

SOALAN: Apabila menyedari bahawa gejala tersebut berkemungkinan disebabkan oleh denggi, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang dengan serta-merta?

DR CHIA: Mereka perlu berjumpa doktor kerana denggi hanya boleh disahkan melalui ujian darah.

Di klinik, selepas pengesahan denggi, nasihat khusus tentang perkara yang perlu diperhatikan, apakah tanda-tanda amaran.

Susulan untuk ujian darah biasa dalam fasa penyakit akut juga diperlukan.

 

SOALAN: Bolehkah anda menggariskan senario kes terbaik dan kes terburuk bagi seseorang yang menghidap denggi? Bagaimanakah ini berbeza daripada COVID-19?

DR CHIA: Terdapat beberapa klasifikasi keparahan untuk denggi. Salah satunya ialah klasifikasi 2009 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Di bawah klasifikasi ini, keterukan denggi dikelaskan kepada tiga klasifikasi berbeza:

  1. demam denggi,
  2. demam denggi dengan tanda amaran, dan
  3. denggi yang teruk.

Sudah tentu, kes senario yang terbaik ialah demam denggi dengan sendirinya tanpa tanda amaran ataupun denggi tanpa gejala.

Senario terburuk ialah denggi teruk, dengan ciri pendarahan teruk, kerosakan organ yang teruk – contohnya, jantung/otak/hati dan lain-lain cedera teruk.

Apa yang akan berada di tengah-tengah adalah orang yang menghidap denggi dengan tanda amaran.

Tanda-tanda amaran ini diterangkan untuk membantu mengenal pasti orang yang mungkin terus menghidap denggi yang teruk. Tanda amaran ini termasuk:

  • Pendarahan mukosa (gusi, hidung, darah dalam air kencing, darah dalam najis, pendarahan haid yang banyak)
  • Sakit abdomen/perut yang teruk
  • Muntah yang berterusan sehingga tidak dapat menahan cecair
  • Kelesuan atau perubahan dalam kewaspadaan
  • Sesak nafas
  • Terdapat juga beberapa tanda amaran yang hanya boleh diambil semasa pemerikasaan atau ujian darah biasa contohnya, pembesaran hati, peningkatan kepekatan darah.

Perkara lain yang perlu diberi perhatian termasuk:

  1. Pening apabila berdiri atau duduk
  2. Keluaran air kencing berkurangan
  3. Pengambilan melalui mulut yang kurang baik yang turut menjejas pengambilan cecair.

COVID-19 juga terdiri daripada keadaan yang ringan hingga teruk tetapi sangat berbeza dan kebanyakannya melibatkan paru-paru dengan radang paru-paru dalam kes sederhana hingga teruk.

 

SOALAN: Apakah faktor risiko paling ketara yang boleh menyebabkan seseorang terdedah kepada komplikasi denggi yang serius?
DR CHIA: Terdapat beberapa faktor risiko yang dikenal pasti dengan denggi yang teruk dan salah satunya ialah mengalami episod kedua daripada jangkitan denggi. Yang lain termasuk komorbiditi seperti hipertensi/tekanan darah dan diabetes/kencing manis.

 

SOALAN: Daripada pengalaman anda merawat pesakit denggi, bolehkah anda berkongsi beberapa kisah pesakit yang menghidapi penyakit ini baru-baru ini? Apakah gejala yang paling teruk telah mereka alami dan bagaimanakah perjalanan pemulihan mereka?
DR CHIA: Denggi juga dikenali sebagai demam patah tulang sehingga boleh menyebabkan sakit otot dan sendi yang agak teruk.

Bergantung pada keterukan, perjalanan pemulihan boleh sesingkat beberapa hari hingga beberapa minggu.

Namun, jika denggi yang teruk, perjalanan pemulihan boleh berlarutan dan berlangsung selama berbulan-bulan.

 

SOALAN: Denggi bukanlah penyakit baru, tidak seperti COVID-19 yang baru-baru ini wujud. Patutkah rakyat Singapura memandang remeh terhadap tahap teruknya sakit denggi? Kenapa atau kenapa tidak?
DR CHIA: Tidak, pasti tidak. Kita mempunyai kematian denggi, dan kita benar-benar harus tekad mencegah kematian ini.

 

SOALAN: Daripada pengalaman anda merawat pesakit denggi, apakah satu pemerhatian yang membimbangkan anda dalam kalangan pesakit? Apa yang boleh mereka lakukan sebaliknya?
DR CHIA: Saya rasa bahagian yang paling membimbangkan ialah kelewatan dalam menyampaikannya kepada penjaga kesihatan. Saya mengesyorkan agar orang ramai datang awal, dapatkan diagnosis awal, supaya pemantauan yang sesuai boleh dilakukan dan sokongan penjagaan awal boleh diberikan.

 

SOALAN: Apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk mencegah denggi?
DR CHIA: Pencegahan jangkitan denggi adalah kunci utama seseorang boleh mengamalkan langkah ‘Mozzie Wipeout ‘B-L-O-C-K’ sekali seminggu dengan membuang air yang bertakung.

Bagi melindungi diri anda dan orang tersayang, anda boleh:

  1. Keluarkan atau lap tempat pembiakan nyamuk dengan kerap (contoh, saluran air bumbung, pasu bunga, pasu);
  2. Sapukan krim penghalau serangga untuk mengurangkan risiko gigitan nyamuk;
  3. Ambil langkah berjaga-jaga semasa melakukan perjalanan ke kawasan demam denggi (seperti memakai pakaian lengan panjang dan seluar atau menggunakan kelambu semasa tidur).

Sekiranya anda dijangkiti denggi, satu perkara penting yang perlu dilakukan ialah berjumpa doktor lebih awal untuk mengurus gejala denggi dan mengurangkan penyakit yang teruk.

Memang penting memantau dehidrasi dan tanda amaran (disebutkan sebelum ini – iaitu pening apabila berdiri atau duduk, air kencing berkurangan, sakit perut, muntah tanpa henti dengan cecair atau kurang selera makan dengan pengambilan cecair yang juga berkurangan).

Ia juga penting mengetahui apabila demam mula berhenti atau tanpa demam, itulah masanya apabila tanda amaran berlaku dan kesihatan anda semakin merosot.

 

Read the full article here.
Source: Berita Harian © SPH Media Limited. Permission required for reproduction.


















Last Updated on